The World Is Dying, But Are We Fighting?

Isu-isu semasa kian mengacau minda
Dalam diam aku bersuara
Jikalau kita tidak berusaha
Bolehkah kita menang melawan mereka
Diri hanya mampu berbicara
Kerana tiada nama, pangkat mahupun harta
Tapi jika diusahakan bersama
InsyaAllah, kemenangan milik kita


The world is dying and everyone is talking about it. But how many of us are actually preaching the words we have said? Many of us tend to emphasize the current situation, without realizing the effects of it in the future. We tend to ignore the past, and we let Him decide what is best for us all. The question is, if we do not act, will we win?

Sudah tiba masanya Islam jatuh dan Yahudi mengambil kesempatan untuk bertindak dalam memecahbelahkan lagi keadaan semasa. Bertuhankan harta, kita sendiri tidak mampu untuk berfikir luas dan lebih mendalam kerana kita dibutakan dengan harta.

Dari kecil, kita dibesarkan dengan harta. Hingga dewasa, kita anggap harta adalah segalanya. Ibu bapa sibuk bekerja, anak-anak entah kemana. Peredaran zaman yang kian berubah menjadi satu masyarakat yang pasif dan tidak berdaya saing dari segi perjuangan agama dan jaminan masa hadapan untuk semua, kita hanya mampu berbicara.

Kau tidak perlu untuk berpakaian lengkap seperti jubah dan kopiah untuk menyebarkan kebaikan. Kau tidak perlu bergaduh untuk perjuangkan kebenaran.
Kau tidak perlu bermusuh untuk melawan kemungkaran.

Cukuplah dengan berbuat baik, kau sudahpun menjadi manusia yang berbeza.
Kau sudahpun jadi seseorang yang mempunyai minda yang terbuka.
Kau sudahpun jadi manusia yang adil pada semua.

Di Malaysia, selalu timbulnya isu perkauman. Kita seringkali berkata bahawa suatu kaum itu lebih baik dan lebih mulia daripada kaum yang lain. Tapi sampai bila kita mahu suasana ini berterusan? Pernahkah kau terfikir jikalau kau dilahirkan dan menganut agama yang berbeza, apakah kau rasa sindiran dan perbandingan antara kaum dan agama itu tidak memberi impak pada minda?

Ya, Islam dijamin kemenangan sepertimana ianya ditulis dalam kitab suci al-Quran. Tapi salahkah kita untuk menang bersama yang lain, kerana kita semuanya manusia dan setiap seorang daripada kita adalah milikNya?

Sampai bila kita mahu kekalkan mentaliti bahawa agama Islam merupakan agama yang suci, tapi dalam masa yang sama kita menghina dan mencaci agama-agama lain?

Islam itu suci. Itu agama kita. Tapi harus juga kita beringat, kita tetap manusia biasa. Tiada beza antara kita dan kaum yang lain. Kita tetap akan bertemu dengan ajal, amalan kita tetap akan ditimbang kelak di akhirat, jadi siapakah kita untuk menjadi lebih mulia daripada yang lain?

The world has to know that peace would only become a reality if everyone, literally everyone, start being humans with humanity, understanding and respecting each other. For all we know, no matter what religion, what race, what gender, what skin colour we possess, we would still die and only our deeds will determine our place in heaven, or hell.

Kejayaan adalah milik kita, tapi harus diingatkan bahawa kejayaan itu lebih mulia jikalau dijayakan oleh kita semua. Sejak azali kita perjuangkan agama, hanya untuk agama. Tapi fikirkah kita bahawa setiap manusia tetap sama? Dalami dan fahamilah isi kandungan kitab-kitab suci. Ramai antara kita yang kurang peka tentang hal ini sehinggakan kita menganggap bahawa umat kita adalah umat yang paling mulia, walaupun secara global kita sebenarnya tetap jahil dan memerlukan mereka untuk berjaya.

Words are meant to turn into actions, as for it to become a success. Preaching is necessary, and we should start living together as one, or die with no point of living.

No comments:

Post a Comment